Semester 1 // Tips Study

ASSALAMUALAIKUM


Buku, buku, buku. Books are everywhere. Di mana ada buku, disitulah adanya pelajar. Buku dan pelajar tidak dapat dipisahkan, mahupun orang dewasa, mereka tetap membaca buku. Itu semua untuk menambahkan ilmu pengetahuan di dunia dan di akhirat.


Dengan doa, usaha kita mempelajari ilmu, Insya-Allah Allah akan permudakan segala urusan. Oleh itu, niat lah kerana ALLAH.

Nak kongsi sedikit tips cara yang mudah, nanti panjang, susah pulak korang nak buat.

TIPS STUDY
1 . BELAJAR. Itu yang penting, kalau kita tak belajar macam mana kita nak faham dan macam mana kita nak jawab exam. Belajar pula mestilah kerana Allah S.W.T. Insya-Allah segala ilmu yang kita pelajari pasti akan kita ingat sehingga akhir hayat kita KECUALI Allah memberi penyakit nanyuk pada kita. Hehehe :)
2 . BERTANYA. Tanyalah pada kawan, ibu ayah, abang atau cikgu jika kita tak tahu mana-mana sub topik. jangan jadi bodoh sombong. Allah tak suka, ingat tu! jangan malu bertanya, lagi banyak kita bertanya, lagi banyak ilmu baru yang kita perolehi .
3 . LATIHAN. Selepas kita belajar, bertanyalah apa yang kita tak tahu, kita mestilah buat latihan ataupun rivison. semua itu untuk kuatkan lagi kefahaman kita dengan apa yang kita pelajari. Kalau kita tak buat latihan takde guna juga, ilmu yang ada jika tidak digunakan pasti akan hilang. Jadi gunakan ilmu itu dan buat latihan tambahan.
4 . SOLAT. Bila dah belajar, buat latihan, solat jangan dilupakan, barulah kita bertambah yakin dengan ilmu yang kita pelajari itu. Allah sentiasa bersama dengan kita walau dimanapun kita berada. INGAT! walaupun dalam bilik air.
5 . USAHA. habis study, habis buat latihan, tibalah masanya untuk kita hadapi ujian yang dinanti, dimana ujian itulah yang menguji tahap kemampuan otak kita untuk berfikir, yea? :P ketika hadapi ujian, bertenang, jangan gelabah walaupun kita tahu apa jawapan dia. Kalau kita tak ingat atau terlupa, bertenang, istighfar bebanyak, selawat. Kemudian kembali berfikir.
6. TAWAKAL. belajar sudah, buat latihan sudah, berusaha juga sudah, jadi akhirnya bertawakal kepada Allah. apa sahaja keputusan yang kita dapat itu bagus. Kerana semua itu Allah yang tentukan. Dia memberi result pada kita yaang sedemikian rupa pasti ada sebab dan hikmahnya. jadi, kalau kurang result, usahanya lebih untuk seterusnya. Bagi yang bagus result, yang terlalu bangga, sesungguhnya orang yang gagal dahulu akan berjaya melebihi orang yang berjaya dahulu.

SEMOGA BERJAYA ! :D

No comments:

Post a Comment