Bangkit Setelah Jatuh

Hai, Assalamualaikum :)


Kita tak tahu bila kita jatuh dan bila kita akan meraih kejayaan . Semua itu kuasa Allah . Dia yang menentukan segalanya sejak kita dalam kandungan ibu 4 bulan . Jadi , apa pun yang berlaku , kita mesti lalui hari hari itu , walaupun perit .

Namun , apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya . Jika kita jatuh , pasti ada sesuatu yang kita telah lakukan sebelum ini salah & Allah tidak merestuinya . Bangkitlah setelah jatuh kebawah . Sesungguhnya apa yang terjadi itu memberi pengajaran pada kita untuk kita terus bangkit dan meraih kejayaan . Jangan pernah jadikan perkara lalu sebagai tanda bahawa kita tidak boleh bangkit semula .

Jika kita gagal dalam peperiksaan , tidak bermakna kita akan terus gagal . Jadikan kegagalan itu sebagai satu pengajaran pada kita , belajar dari kegagalan itu lebih baik dari terus berada dalam kecemerlangan kerana mereka tidak pernah merasa akan kegagalan yang dialami . Belajar dan terus belajar supaya kita dapat membuktikan pada semua orang bahawa kita juga mampu berjaya seperti orang lain .

Apabila telah berjaya , janganlah menjadi seorang yang terlalu bongkak , bangga diri , bodoh sombong . Ingat! Allah boleh tarik semua kejayaan yang kita perolehi itu sekelip mata . Bila kita berjaya , bantulah orang lain yang masih berada di bawah kita , bantu mereka supaya mereka turut berjaya bersama kita . Itu lebih baik , pahalanya jauh lebih besar . Allah itu Maha Penyayang . Dia tidak pernah kedekut akan nikmat yang Dia berikan pada kita , bersyukurlah .

Cinta ? cinta tak perlu dicari . belajarlah sampai berjaya , sampai ke menara gading , sampai kita dapat capai apa yang kita ingini . Selepas itu , cinta akan datang dengan sendirinya . Lagipun cinta ni kekadang melalaikan kita dari melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan terlebih dahulu . Setiap manusia telah dijadikan berpasangan, jika ada jodoh kita dengan orang itu, kemana pun kita pergi , orang itu juga yang bakal kita jumpa . Apa yang penting sekali dalam diri kita ialah SUJUD dan BERDOA . Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik :)

Assalamualaikum (: