Alam Universiti

ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara di dunia yang sementara ini. Masih lagi diberi peluang untuk bertaubat sebelum menghadap Pencipta. Masih lagi diberi peluang untuk banggakan mak ayah.

Alhamdulillah sekarang ini, masih lagi diberi peluang untuk sambung belajar dalam jurusan yang diminati dan ditempat yang diingini. Kalau dulu digelar sebagai pelajar matrikulasi jurusan perakaunan di Kolej Matrikulasi Perlis. Sekarang pula digelar mahasiswi di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk jurusan Bachelor of Acconting. Kenapa pilih IPTS? Kenapa tak masuk IPTA atau sebenarnya tak dapat IPTA? Actually, dapat IPTA di Universiti Utara Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Tapi tolak, sebab course yang dapat tu tak menepati apa yang diingini. Bukannya menolak apa yang diberi, tapi orang cakap, kalau kita belajar course yang langsung kita tak minat, susah juga. Jadi, ambil keputusan untuk pilih IPTS. Alhamdulillah, hasil usaha sendiri, akhirnya ditawarkan untuk sambung belajar di UNITEN, Muadzam Shah, Pahang untuk Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Waktu dalam perjalanan datang ke Muadzam Shah, Pahang pada 17 Oktober, perasaan dah mula bercampur baur. Rasa sebak, sedih, gembira, gementar, teruja. Apabila telah digelar sebagai mahasiswi, segala perasaan itu bercampur jadi satu, iaitu harapan yang tinggi menggunung untuk banggakan mak ayah. Namun, dalam harapan yang tinggi itu terselit rasa rindu yang tak dapat diungkapkan melalui kata-kata. Sejujurnya, inilah pertama kali berjauhan dengan keluarga iaitu 600km jauhnya. Masa di matrikulasi dulu, cuma Perlis, so setiap bulan confirm balik. Ini Pahang, tak mungkin setiap bulan balik, tapi itulah dalam menuntut ilmu di tempat orang, kita kena korbankan sedikit.

18 Oktober, selesainya pendaftaran di UNITEN, selesainya menyusun barang di tempat penginapan, tibalah saat untuk berpisah dengan keluarga, menjalani kehidupan baru di tempat orang sebagai pelajar universiti. Pada saat itu, hanya Allah saja yang tahu bagaimana rasanya. Masih ingat lagi kata-kata ibu "duduk tempat orang, kena pandai jaga diri, jaga maruah. Mama jauh, takde siapa yang akan jaga akak dekat sini. Belajar rajin rajin, buktikan pada semua yang pelajar di IPTS juga boleh berjaya seperti pelajar IPTA"

Sungguh, kehidupan di uiversiti tersangatlah mencabar, Jauh beza jika dibandingkan dengan kehidupan di matrikulasi. Di universiti, kita dapat lihat ramai perwatakan manusia. Di universiti, kita dapat lihat siapa kawan, siapa lawan. Di universiti, kita perlu berjalan jauh untuk ke kuliah, ke kelas. Di universiti, kita perlu bangun dan keluar awal untuk tunggu bas untuk ke kelas. Di universiti, kita dapat melihat segalanya yang tak pernah kita lihat di alam persekolahan mahupun matrikulasi. Di universiti jugalah, kita dapat melihat pasangan berkepit 24 jam (abaikan :P)

Apabila di alam universiti, aku berharap, aku tak lari terpesong dengan niat aku pada mula sebelum mendaftar di sini. Niat aku cuma satu, belajar di UNITEN ini kerana Allah, dengan harapan dapat banggakan mak ayah. Semoga Allah mempelihara niat aku sepanjang di Universiti Tenaga Nasional untuk 4 tahun, In Shaa Allah. Aamiin.

ASSALAMUALAIKUM

Masalah Remaja

ASSALAMUALAIKUM

Hai, hari ini terasa nak update blog pula. Mungkin terlalu bosan duduk rumah tanpa melakukan apa-apa, jadi aku mengambil kesempatan untuk mencoret dalam blog sendiri. Hari ini terasa nak korek sedikit masalah remaja sekarang, macam aku. Masih remaja okay.

Jom kita lihat masalah apa yang sering remaja hadapi?

MASALAH CINTA
Well, siapa je yang takde masalah cinta pada usia remaja? Hampir semua orang akan mengalami masalah itu dan termasuklah diri aku sendiri. Masalah cinta inilah masalah yang paling besar, berat bagi setiap remaja. Cinta itu satu perkara yang halal mengikut Islam, tetapi sekumpulan kecil remaja menyalahgunakannya. Mereka memggunakan perkataan 'CINTA' untuk kepentingan diri sendiri.

Bagi mereka yang menganggap cinta terhadap seseorang itu tulus dari hati pasti akan terluka hatinya bila orang yang dia sayang/cinta tak menghargainya.


 Bagi pendapat aku, cinta itu suatu yang sangat indah, sangat berharga. Cinta dan kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Perasaan cinta itu bukan untuk dibuat main, mahupun sebagai cubaan untuk diri. Gagal dalam bercinta itu suatu perkara yang biasa kerana kita tidak tahu apa yang pasangan kita inginkan, apa dalam hatinya. Kita takkan secara mudah bertemu dengan jodoh kita. Kita akan lalui pelbagai rintangan yang akan membuatkan kita semakin matang. Jodoh itu rahsia Allah. Allah akan temukan kita dengan jodoh kita tepat pada waktunya nanti. Sabar.

MASALAH KAWAN
Mmmmm, masalah kawan pun antara salah satu masalah yang sukar untuk remaja hadapi. Aku pernah alami masalah ini. Cuma dalam menyelesaikan masalah itu, kita kena berfikiran secara matang dan open-minded. Masalah kawan ni dia ada banyak solution. Antaranya, kita akan kehilangan kawan itu, kita akan berbaik semula dengan dia, kita akan berbaik semula tetapi tidak rapat seperti dulu atau kita akan terus menjadi musuh kawan kita.

Masalah kawan ini banyak sebab yang terjadi. Kalau hanya sebab benda kecil, janganlah kita perbesarkan. Hargailah apa yang kawan kita buat sebelum kita berkata sesuatu terhadap dia. Masalah antara kawan yang selalu terjadi, salah faham, kawan makan kawan, kawan yang cuba merosakkan hubungan kita dengan pasangan, kawan yang tak suka tengok kita lebih dari dia. Too many, think by your ownself.

Penyelesainya, kalau bergaduh or ada masalah dengan kawan, take your time being alone. Muhasabah diri. Fikir balik adakah kita pernah melakukan kesalahan atau kita pernah sakitkan hati kawan kita. Biarkan kawan itu buat sementara waktu, then dah beberapa hari jumpa, contact or whatever media social yang ada sekarang. Bawa bincang, settlekan masalah itu pada hari itu juga and last minta maaf walaupun itu bukan salah kita. RENDAHKAN EGO. Lepas tu apa nak jadi, dia taknak kawan dengan kita ke, kita berbaik semula ke itu depands. Kita bukannya bebudak dah remaja isn't?

Tanpa seorang kawan, hidup kita sunyi. Walaupun kita ada family, but tanpa kawan kita akan rasa lain. Terima kasih buat kekawan aku, yang sampai sekarang setia dengan aku walaupun aku ni banyak cakap, gila-gila, perangai macam bebudak, tapi korang still layan aku, susah senang aku, gembira sedih aku. Thanks sahabat :')

MASALAH GADGET
Ini jangan tipu kalau korang cakap, korang takde masalah dengan gadget. Even diri aku sendiri pun ada masalah dengan gadget. Now, aku nak phone baru sampai sekarang aku tak dapat. Selagi aku tak dapat, selagi itulah aku minta. Well, itu memang perangai aku, degil yang teramat. Hihihi.


Actually masalah remaja dengan gadget ni sebab kita terlalu ikutkan arus pemodenan. Keluar iPhone 6 nak beli. Keluar Samsung Galaxy Tab 3 nak beli. Rasa ghairah dalam diri untuk memiliki gadget itu terlalu tinggi. Tahan sikit nafsu tu mungkin? Beli setakat yang kita mampu. Apapun berbalik pada niat. Kita nak beli gadget itu atas sebab apa? Nak menunjuk? Ya Allah jauhkanlah.

Kehidupan


Dalam kehidupan kita tak semuanya bahagia, tak semuanya duka. Ada suka, duka, bahagia, kecewa, sedih, ketawa. Itu lumrah kehidupan. Kita tak semestinya akan sentiasa berada dia atas mahupun di bawah. Kita tidak akan selalunya gagal dalam kehidupan. Kehidupan yang mengajar kita erti kesabaran, erti pengorbanan.

Kehidupan tidak bermakna semua yang kita inginkan itu akan menjadi milik kita. Tidak semuanya. kekadang ada yang perlu kita usahakan sendiri untuk mendapatkannya, dan ada yang datang tanpa kita meminta sama sekali. jalanilah kehidupan kita seperti biasa, walaupun ada rasa kecewa, sedih yang terbenam di dalam hati. Itu lumrah kehidupan yang dilalui oleh semua orang di dalam dunia ini. Tanyalah pada sesiapa, adakah mereka tidak pernah mempunyai masalah/ Adakah mereka tidak pernah berasa sedih? Adakah mereka sentiasa berasa bahagia atau gembira?

Kehidupan semua orang adalah berbeza. Kita mempunyai cara yang tersendiri untuk kita bahagiakan diri kita. Warnailah hari-hari kita seperti mana langit, matahari dan bulan mewarnai bumi kita. Walaupun suka dan duka yang kita alami itu perit, kita tetap harus teruskan usaha untuk mewarnai kehidupan kita pada hari-hari yang akan datang.

Assalamualaikum :)