Belajar Move On

ASSALAMUALAIKUM


Ramai yang cakap, move on itu mudah. Tapi kenyataannya bukanlah semudah yang disangka. Jika move on itu seperti makan nasi, telan dan hadam, takde la orang meratap, menangis akan perbuatan orang lain. Jika move on itu seperti burung, datang hinggap apabila memerlukan, pergi apabila tidak memerlukan. Takde la orang yang masih menanti orang yang sama sehingga bertahun lama.


It hurts to let go, but sometimes it hurts more to hold on.
Yea, melepaskan itu sesuatu yang sangat menyakitkan, tapi jika makin kita genggam makin sakit lagi hati kita yang merasakan. Bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang. Kekadang kita terfikir kenapa susah sangat hati kita nak melepaskan sesuatu yang suka menyakitkan hati kita. Tapi itu la, hati...sentiasa inginkan sesuatu yang dia tahu benda itu takkan jadi miliknya. Makin dikejar makin cepat pulak ia hilang. Begitu juga dengan hati. Makin kita jaga, makin kita belai dengan baik, makin cepat pula dia pergi. Kekadang itu pergi tanpa beritahu. Pergi tanpa mengatakan sesuatu.
Akhirnya apa yang sakit? H.A.T.I
Makin kita lepas ia pergi, makin sakit pula hati ini. Makin kita lupakan sesuatu itu, makin banyak pula perkara yang diingati. Semua itu diluar kuasa kita, kita tak pernah meminta untuk sakit seperti ini. Tapi itula, apabila ia melibatkan hati dan perasaan, ia pasti akan menyakitkan. Apabila ia melibatkan hati dan perasaan, pasti akan ada seseorang yang sukar untuk melupakan.


Tak banyak yang aku minta. Aku hanya minta untuk hentikan rasa sakit hati ini. Hentikan perasaan sayang aku pada orang yang langsung tak layak untuk menerimanya. Hentikan rasa ingin mengambil berat tentang orang yang langsung tak ambil tahu tentang aku. Hentikan perasaan rindu pada orang yang salah. Itu sahaja yang aku minta & aku minta pergi...pergi seandaianya engkau hadir hanya untuk menyakiti diri ini. Aku dah cukup sakit untuk sekian lama & aku dah tak kuat untuk hadapinya lagi.

ASSALAMUALAIKUM