Alam Universiti

ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara di dunia yang sementara ini. Masih lagi diberi peluang untuk bertaubat sebelum menghadap Pencipta. Masih lagi diberi peluang untuk banggakan mak ayah.

Alhamdulillah sekarang ini, masih lagi diberi peluang untuk sambung belajar dalam jurusan yang diminati dan ditempat yang diingini. Kalau dulu digelar sebagai pelajar matrikulasi jurusan perakaunan di Kolej Matrikulasi Perlis. Sekarang pula digelar mahasiswi di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk jurusan Bachelor of Acconting. Kenapa pilih IPTS? Kenapa tak masuk IPTA atau sebenarnya tak dapat IPTA? Actually, dapat IPTA di Universiti Utara Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Tapi tolak, sebab course yang dapat tu tak menepati apa yang diingini. Bukannya menolak apa yang diberi, tapi orang cakap, kalau kita belajar course yang langsung kita tak minat, susah juga. Jadi, ambil keputusan untuk pilih IPTS. Alhamdulillah, hasil usaha sendiri, akhirnya ditawarkan untuk sambung belajar di UNITEN, Muadzam Shah, Pahang untuk Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Waktu dalam perjalanan datang ke Muadzam Shah, Pahang pada 17 Oktober, perasaan dah mula bercampur baur. Rasa sebak, sedih, gembira, gementar, teruja. Apabila telah digelar sebagai mahasiswi, segala perasaan itu bercampur jadi satu, iaitu harapan yang tinggi menggunung untuk banggakan mak ayah. Namun, dalam harapan yang tinggi itu terselit rasa rindu yang tak dapat diungkapkan melalui kata-kata. Sejujurnya, inilah pertama kali berjauhan dengan keluarga iaitu 600km jauhnya. Masa di matrikulasi dulu, cuma Perlis, so setiap bulan confirm balik. Ini Pahang, tak mungkin setiap bulan balik, tapi itulah dalam menuntut ilmu di tempat orang, kita kena korbankan sedikit.

18 Oktober, selesainya pendaftaran di UNITEN, selesainya menyusun barang di tempat penginapan, tibalah saat untuk berpisah dengan keluarga, menjalani kehidupan baru di tempat orang sebagai pelajar universiti. Pada saat itu, hanya Allah saja yang tahu bagaimana rasanya. Masih ingat lagi kata-kata ibu "duduk tempat orang, kena pandai jaga diri, jaga maruah. Mama jauh, takde siapa yang akan jaga akak dekat sini. Belajar rajin rajin, buktikan pada semua yang pelajar di IPTS juga boleh berjaya seperti pelajar IPTA"

Sungguh, kehidupan di uiversiti tersangatlah mencabar, Jauh beza jika dibandingkan dengan kehidupan di matrikulasi. Di universiti, kita dapat lihat ramai perwatakan manusia. Di universiti, kita dapat lihat siapa kawan, siapa lawan. Di universiti, kita perlu berjalan jauh untuk ke kuliah, ke kelas. Di universiti, kita perlu bangun dan keluar awal untuk tunggu bas untuk ke kelas. Di universiti, kita dapat melihat segalanya yang tak pernah kita lihat di alam persekolahan mahupun matrikulasi. Di universiti jugalah, kita dapat melihat pasangan berkepit 24 jam (abaikan :P)

Apabila di alam universiti, aku berharap, aku tak lari terpesong dengan niat aku pada mula sebelum mendaftar di sini. Niat aku cuma satu, belajar di UNITEN ini kerana Allah, dengan harapan dapat banggakan mak ayah. Semoga Allah mempelihara niat aku sepanjang di Universiti Tenaga Nasional untuk 4 tahun, In Shaa Allah. Aamiin.

ASSALAMUALAIKUM