Diuji kerana sayang

Hi , Assalamualaikum .

Semoga harini penuh dengan keceriaan , senyuman . malah lebih baik dari sebelumnya . semoga kita tempuh hari hari ini dengan penuh tabah dan sabar . Insya-Allah .

Diuji kerana sayang :') Allah uji kita bersebab . Allah uji kita sebab Dia tahu kemampuan hamba-Nya . Allah uji kita sebab Dia sayang kita . Allah uji kita sebab Dia tahu kita mampu hadapi semua itu . Allah takkan menguji kita diluar kemampuan kita . Allah tahu sekuat mana hati kita untuk hadapi segala cubaan, dugaan, cabaran, masalah yang Dia turunkan pada kita. Kita diuji kerana sayang . Dia nak kita menghadap pada-Nya , mohon pada-Nya .

Ujian yang dihadapi oleh semua orang jauh berbeza . ada yang kehilangan orang yang dia sayang . dia perlu hadapi semua itu, perlu jalani kehidupan dengan tabah walaupun orang yang dia sayang telah pergi dari sisi dia . ada yang masalah bercinta *most of teenagers . dia perlu terima kenyataan orang yang dia sayang telah tinggalkan dia . tapi sedarilah , kita ditinggalkan kerana dia bukan jodoh kita . dia bukan yang terbaik untuk kita . semua tu memberi kematangan dalam kehidupan remaja . jika dia jodoh kita, dia akan kembali semula berada di sisi kita . ada yang diberi dugaan dengan penyakit . dia perlu jalani kehidupan seharian dia bersama penyakit yang dia tanggung . jalani kehidupan dia dengan makan ubat setiap hari :')

Setiap masalah ada jalan penyelesaian dia , cuma cara kita selesaikan masalah itu bagaimana . adakah dengan cara yang melulu atau dengan cara yang lebih rasional . setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri . walaupun kita rasa itu yang terbaik , tapi Allah lebih tahu segala galanya . kerana Dia yang mengaturkannya . Allah telah merancang sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kita jangka . kita ni, manusia biasa yang mana sentiasa lemah apabila diberi dugaan . tetapi kita perlu mencari kekuatan dalam diri untuk teruskan hidup kita . kita tak semestinya sentiasa jatuh , suatu hari kita juga pasti akan bangkit sehebat orang orang yang lain .
Jalanilah kehidupan kita dengan senyuman . senyuman mampu memberi kekuatan dalam diri kita untuk teruskan hidup dengan tabah . banyak manapun kita diberi dugaan , cabaran , masalah dan cubaan . senyumlah selagi kita mampu . ingatlah sesungguhnya , kita diuji kerana Allah sayangkan kita . Dia sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita . biarlah kita diuji kerana sayang dari tidak diuji kerana benci :'(

Assalamualaikum .