Sebab Hilangnya Mahkota Perempuan

Hi, Assalamualaikum :)

Pada zaman sekarang, jika ditanyakan pada lelaki, ciri-ciri wanita yang mana untuk dibuat isteri, pasti benda pertama yang dikatakan ialah tentang dara. Bagi semua lelaki, mereka inginkan seorang isteri yang masih mempunyai dara bak kata mereka "tidak mahu sesuatu yang sudah ditebuk tupai" tetapi sebelum itu, fikir dahulu adakah awak layak untuk mendapat isteri yang masih mempunyai dara jika awak sudah tidak mempunyai teruna? Fikirkan hal itu. Allah itu Maha Berkuasa.

Lelaki juga tidak boleh terus menerus menyalahkan seseorang wanita jika mereka sudah tidak mempunyai dara. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dara seseorang wanita itu pecah, bukan atas sebab melakukan hubungan intim sahaja. Jadi sebelum awak melakukan tuduhan yang salah, baik awak tanya wanita itu apa yang dia lakukan ketika masih bersekolah atau ketika meningkat remaja.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan selaput dara pecah selain daripada melakukan hubungan intim. Antaranya ialah:
1. Adanya benda tajam atau tumpu yang menembusinya.
2. Rawatan yang dilakukan pada liang vagina.
3. Gangguan penyakit pada saluran vagina.
4. Kemalangan atau melakukan aktiviti yang berat.
5. Terjatuh - Terjatuh boleh menyebabkan seseorang wanita itu hilang dara atas kerana hentakan yang kuat ketika jatuh. Jadi, jangan salahkan wanita jika dia mengatakan pernah jatuh suatu ketika dahulu.
6. Memakai seluar yang terlalu ketat - sesiapa yang suka pakai seluar ketat tu belilah yang longgar sikit yea.
7. Bersukan - Bersukan juga boleh juga menyebabkan seseorang wanita itu hilang dara. Contohya, menaiki basikal atau menunggang kuda.

Bagi kaum lelaki, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indikator utama dalam menentukan kesucian. Fikirlah secara rasional. Selaput dara itu hanya simbol. Kesucian seseotang wanita bukan dilihat dari pecahnya selaput dara atau masih perawannya seseorang, tetapi dilihat dari bagaimana ia menjaganya. Perawan atau tidaknya seseorang bukan dari selaput daranya tapi dari hatinya. Apa gunanya kalau berhati busuk.

Bagi remaja perempuan yang masih dara pandai-pandailah menjaga mahkota itu, jika tidak, selaput dara akan rosak. Dara itu memang penting namun ia bukan segala-galanya. Yang penting itu, rasa sayang dia kepada kita dan bagaimana dia menerima kita seadanya.

No comments:

Post a Comment